Pelancar Epic Games Store Menjadi Punca Suhu Komputer AMD Ryzen Meningkat

Untuk pengguna komputer termasuk PC dan juga komputer riba dengan cip AMD Ryzen, anda mungkin tidak digalakkan untuk membuka pelancar Epic Games Store dan menjalankannya pada latar belakang.

Ini adalah kerana ia menjadi punca kenaikan suhu CPU agak drastik apabila dibuka dan turun serta merta apabila aplikasi tersebut ditutup.

Beberapa pengguna telah mula melaporkan suhu yang mula meningkat apabila pelancar tersebut dibuka walaupun tiada permainan yang dimainkan.

Penulis juga turut menguji pada komputer tersendiri melalui AMD Ryzen 5 3600 dan mendapati suhu meningkat serta merta kepada 58C dari 46C.



Apa aktiviti sebenar yang dilakukan oleh Epic Games Store sehingga mencekik prestasi cip CPU masih belum dikenal pasti secara spesifik.

Namun untuk pengguna cip AMD Ryzen, anda mungkin disarankan untuk menyahaktif Epic Games Store ketika startup, dan menutupnya jika tidak memainkan permainan atau menggunakan pelancar tersebut.

Sumber: Reddit, Tweaktown

Berkaitan