Pelan U Mobile GX30/GX38 Kini Hadir Dengan Kelajuan 6Mbps Dan Hotspot 6GB

Seperti yang dijangka, U Mobile kini 'melawan' balik pertaruhan syarikat telekomunikasi dengan menaik taraf pelan prabayar sedia ada. Terbaru, pelan GX30 dan GX38 kini telah dikemaskini dengan kelajuan dan kuota hotspot 2 kali ganda.

GX30: Pelan GX30 kini hadir dengan 6Mbps berbanding 3Mbps sebelumnya. Tambahan lagi, kuota hostpot juga dipertingkatkan kepada 6GB berbanding 3GB sebelumnya.

GX38: Selain kelajuan 6Mbps sedia ada, pelanggan GX38 kini dapat menikmati kuota 6GB hostpot dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelan ini juga ditawarkan pada harga promosi RM35 sebulan.

Ini merupakan rumusan pelan GX30/GX38 yang terbaharu ini:

Kapsyen: GX30 dan GX38


Pelanggan pelan GX30/GX38 ini akan mula menerima naik taraf ini bermula 12 Jun 2020 secara percuma. Malah, pelanggan yang baru mendaftar juga akan dapat menikmati penawaran yang sama.

Sebagai perbandingan, Xpax dan Hotlink ada juga menawarkan pelan internet tanpa had juga. Namun, mereka hanya menawarkan kelajuan 3Mbps. Untuk hotspot, Xpax menawarkan 3GB manakala Hotlink tiada langsung.

Baru-baru ini juga pelan internet tanpa had Hotlink tersebut didedahkan mempunyai polisi penggunaan 50GB. Untuk Xpax, setakat ini tiada lagi polisi yang berkaitan.