Pelan Terbaru TM Unifi Wireless Broadband : 60GB Data Untuk RM79/Bulan

Telekom Malaysia melalui Unifi telah menawarkan satu lagi pelan internet mudah alih terbaru mereka yang dinamakan sebagai Unifi Wireless Broadband. Harga yang ditawarkan oleh pihak TM untuk pelan ini adalah RM 79 sebulan (RM 83.74 termasuk 6% GST) untuk data sebanyak 60GB tanpa sebarang kontrak dikenakan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Naib Presiden Eksekutif UniFi, Imri Mokhtar. Beliau berkata dengan ketiadaan kontrak ini akan memudahkan pelanggan untuk memberhentikan langganan tanpa sebarang penalti. Disebabkan ketiadaan kontrak ini juga pelanggan diwajibkan untuk membeli router tanpa wayar Huawei 4G B618 dengan harga potongan RM 599, jauh lebih murah berbanding harga pasaran sekitar RM 1100 - RM 1400.



 

Dengan menggunakan router keluaran Huawei tersebut, sebanyak 64 peranti boleh menggunakan sambungan internet dari pelan ini pada satu masa yang sama. Huawei 4G B618 ini menyokong sambungan tanpa wayar 2.4GHz dan 5GHz. Pelan ini akan menggunakan liputan isyarat yang sama dengan UniFi Mobile’s LTE, para pelanggan dinasihatkan untuk menyemak tahap kekuatan isyarat di kawasan anda sebelum mengambil keputusan untuk melanggan.

Para pelanggan yang  berminat boleh pergi ke cawangan TM Point yang terpilih berdekatan anda (boleh semak di sini) untuk keterangan lanjut.

Sumber

Berkaitan