Pelan Spotify Premium Duo Untuk Dua Orang Sahaja Diumumkan Untuk RM19.80 Sebulan

Spotify baru sahaja mengumumkan pelan Premium Duo baharu untuk langganan 2 akaun sahaja. Dengannya, ia membolehkan 2 orang pada alamat yang sama berkongsi di bawah satu pembayaran bil melalui 2 akaun premium yang berlainan.

https://www.youtube.com/watch?v=r8G4XnxwokQ&feature=youtu.be

Untuk harga langganan, Spotify menetapkan bayaran RM19.80 sebulan. Seperti biasa untuk akaun Premium, pengguna dapat menikmati muzik tanpa iklan dan secara luar-talian.

Jika anda mahu melanggan pelan ini, Spotify akan meminta alamat anda dan pasangan anda untuk memastikan ia adalah dari alamat yang sama. Antara ciri tambahan dalam Premium Duo adalah Duo Mix iaitu senarai main yang akan sentiasa dikemaskini yang mengikuti jenis muzik apa yang didengar oleh setiap pasangan.

Sumber: Spotify

Berkaitan