Pelan Prabayar Baru Dari redONE- Panggilan Percuma Walaupun Tanpa Kredit

Sebuah syarikat MVNO (Malaysia Virtual Network Operator), redONE Network Sdn Bhd semalam telah melancarkan pelan internet prabayar baru untuk memberikan lebih data kepada pengguna prabayar dengan moto "Back To Basic".

Mereka turut dilihat mahu lebih memfokuskan kepada golongan pengguna prabayar oleh kerana syarikat telko besar lain masing-masing nampak seperti tidak mengendahkan lagi golongan ini.

Jom kita tengok apa yang menarik tentang pelan prabayar baru yang ditawarkan oleh redONE.

1. Pek Permulaan



Apabila anda membeli pek sim kad redONE, anda terus akan menerima kredit bernilai RM 6, data internet percuma sebanyak 1.5GB (500MB + 1GB internet asas), dan panggilan percuma ke semua pengguna prabayar redONE.

2. Tambah Nilai



Setiap tambah nilai, anda juga akan menerima internet percuma yang dibahagikan mengikut hari seperti di atas.

3. Tambah Data



Kalau data internet percuma tak cukup, anda sentiasa boleh menambah data internet dengan harga yang ditawarkan seperti di atas.



Pelan prabayar yang ditawarkan oleh redONE dilihat pelan prabayar yang paling berbaloi dari segi data internet berbanding apa yang ditawarkan oleh telko lain. Seperti contoh, jika anda tambah data RM50, anda akan menerima 20.5GB keseluruhannya (10GB+ 9GB internet percuma+1.5GB internet percuma).

Dan, yang paling menarik sekali, pengguna juga mampu membuat panggilan walaupun tanpa kredit! Ianya sangat membantu ketika anda berada dalam kecemasan yang memerlukan anda membuat panggilan dengan segera.



Dalam acara pelancaran pelan tersebut, Ketua Pegawai Jualan, Ben Teh turut memberitahu media redONE akan menyebarkan sejumlah 30,000 sim kad prabayar percuma dalam satu kempen #ONEKAMPUS yang dilihat menyasarkan kepada golongan pelajar di beberapa institusi pengajian terpilih serata Malaysia.



Sila layari layari laman rasmi redOne untuk maklumat lanjut.

 

Berkaitan