Cadangan Twitter Untuk Memadam Akaun Tidak Aktif Difikir Semula Kerana Terdapat Bantahan Pengguna

Twitter semalam bercadang hendak memadam akaun yang tidak aktif. Namun hari ini mereka menangguhkan pelan berkenaan selepas mendengar pendapat pengguna-pengguna di Twitter.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1199777312054493184

Ada di antara pengguna di Twitter yang sudah meninggal dunia dan akaun-akaun ini dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan rindu dan mengimbau memori oleh pengguna terdekat mereka yang masih hidup. Dengan itu, pihak Twitter meminta maaf kerana menurut mereka, mereka terlepas pandang hal berkenaan.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1199777314612989952

Dengan akaun pengguna Twitter yang sudah meninggal dunia dipadam, ia akan memberikan kesan kepada pengguna-pengguna yang selalu melawat akaun tersebut terutamanya keluarga dan juga kekasih.

Seorang pengguna di Twitter juga seorang penulis TechCrunch telah berkongsi kisah dan hubungan dengan bapa beliau yang sudah meninggal dunia di Twitter. Drew Olanoff, penulis tersebut selalu sahaja melawat kicauan di akaun mendiang bapanya kerana ia mengimbau memori dan untuk mengingati bapanya. Beliau tidak mempunyai maklumat log masuk akaun tersebut jadi jika Twitter memadamnya, ia merupakan satu kehilangan besar buat Drew Olanoff dan juga pengguna yang mempunyai nasib yang sama.

Bagi pihak Twitter, mereka tidak akan meneruskan pelan tersebut selagi mereka tidak menjumpai cara untuk mengingati semula pengguna-pengguna yang sudah meninggal dunia itu.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1199777313300209664

Sumber: TechCrunch

Sumber: Twitter