Pelan Jalur Lebar 100Mbps Dibawah Paras RM150 Diperkenalkan ViewQwest

Salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet Malaysia, ViewQwest telah tampil dengan satu pelan jalur lebar untuk pengguna dikawasan perumahan. Mula beroperasi dalam negara sejak 2016 yang lalu, pada awalnya syarikat itu hanya menyediakan pelan jalur lebar bagi perniagaan dan perusahaan sahaja.

Dikenali sebagai Fibernet, ia menawarkan tiga pilihan pelan dengan kadar langganan bulanan yang berbeza mengikut kelajuan:

100Mbps: RM 148 sebulan

300Mbps: RM 188 sebulan

500Mbps: RM 298 sebulan



Bagi yang melanggan, penghala (Router) dari jenama Asus RT-AC 1200G+ akan diberikan dan buat masa sekarang, pelan ini hanya ditawarkan di sekitar Setia Eco Glades yang berlokasi di Cyberjaya. Difahamkan penawaran dikawasan yang lain akan dijalankan secara berperingkat.



Sumber: ViewQwest