Pelaksanaan 4 Hari Bekerja Menyebabkan Jualan Microsoft Jepun Meningkat

Produktiviti pekerja meningkat sehingga 40%.


Percubaan radikal Microsoft Jepun, memperkenalkan waktu kerja hanya empat hari seminggu terbukti berkesan dalam meningkatkan jualan dan penjimatan.

Bukan itu sahaja, hasil daripada pelaksanaan itu telah menjadikan pekerja mereka lebih gembira dan produktif. Sejak Ogos lalu, pada setiap hari Jumaat, Microsoft Jepun akan menutup perniagaan mereka ekali gus memberikan 2,300 pekerjanya cuti istimewa.

Tidak setakat itu, mereka turut mengehadkan waktu mesyuarat kepada 30 minit sahaja (maksimum) dan menggalakkan perbualan dalam talian sebagai alternatif berbanding komunikasi secara bersemuka.

Ahli  mesyuarat pula dihadkan kepada hanya lima orang sahaja dan pekerja turut digalakkan menggunakan komunikasi dalam talian berbanding emel.

Hasil daripada langkah tersebut didapati sangat positif, apabila jualan bagi setiap kakitangan meningkat kepada hampir 40 peratus pada Ogos sejak lalu.

Malah penggunaan elektrik juga dikurangkan kepada suku selain penggunaan kertas yang berjaya dikurangkan sehingga separuh.

Microsoft merancang untuk melancarkan program yang sama musim sejuk ini, tetapi tidak akan menawarkan cuti khas. Sebaliknya, pekerja akan digalakkan untuk menggunakan cuti sedia ada.

Program ini diperkenalkan ketika kerajaan Jepun menyasar kepada amalan gaya kerja yang lebih pelbagai dan fleksibel, sekali gus menggesa perusahaan untuk menerima telekomunikasi, jadual kerja sambilan yang berbeza dan berulang-alik di luar waktu puncak.

Usaha ini adalah sebahagian daripada percubaan untuk menangani isu ‘karoshi’ atau kematian akibat terlalu kuat bekerja. ia juga bertujuan bagi menggalakkan pasangan untuk mempunyai anak di negara yang bergelut dengan populasi yang semakin mengecil.

Sumber: The Guardian