Pelajar UKM Terpilih Akan Terima HONOR MagicBook Sebagai Pinjaman

Sebagai inisiatif dalam membantu pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kekurangan akses kepada teknologi, HONOR Malaysia tampil memberikan tajaan.

Tajaan berupa komputer riba HONOR MagicBook tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Perhubungan Awam HONOR Malaysia, Emily Chin kepada wakil Kesatuan Mahasiswa UKM hari ini.



Melalui skim pinjaman tersebut, pelajar dari golongan B40 yang tidak berkemampuan akan menerima manfaat daripada inisiatif ini. Ia bagi memudahkan proses pembelajaran secara dalam talian yang dijalankan akibat penularan Covid-19.

Antara syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon skim pinjaman ini adalah pelajar berstatus ijazah sarjana muda di UKM, dari golongan B40, lulus temuduga serta perlu melepasi syarat yang telah ditetapkan pihak HONOR Malaysia.

Jika anda berminat untuk mendapatkan HONOR MagicBook, boleh beli di:

Lazada: https://invol.co/clp7fa