Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3g ditamatkan

Pelajar Redah 5KM Ke Puncak Bukit Demi PdPR Dapat Perhatian SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan Julai 1, 2021 ยท Dikemas kini Julai 1, 2021 oleh ariff bukhari

Selepas berita kesukaran 400 pelajar mendapatkan capaian internet demi PdPR dilaporkan media beberapa hari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan pemeriksaan di lokasi aduan tersebut.

Masalah capaian Internet lemah itu berlaku kepada penduduk di Kg. Bahagia, Kuala Krai dan juga beberapa buah kampung sekitarnya iaitu Kg. Mambong dan Kg. Sungai Rimau.

Masalah itu dilaporkan telah menyebabkan kira-kira 400 pelajar dan penuntut universiti terpaksa menempuh perjalanan lima kilometer ke puncak bukit Kampung Bahagia, demi mendapatkan capaian internet.

Berikutan itu, satu pertemuan antara pihak SKMM Negeri Kelantan bersama Yang Berhormat ADUN Guchil, Ketua Kampung Bahagia, salah seorang pelajar SPM dan wakil penyedia perkhidmatan terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah pun diadakan bagi mendapatkan gambaran berhubung masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Pelajar Redah 5KM Ke Puncak Bukit Demi PdPR Dapat Perhatian SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi

SKMM memaklumkan bahawa pihak mereka sedar akan masalah liputan yang dihadapi oleh penduduk di Kg. Bahagia dan beberapa buah kampung di sekitarnya.

Oleh itu bagi mengatasi masalah berkenaan, SKMM telah memasukkan pembinaan menara baharu untuk ketiga-tiga kampung tersebut menerusi Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA).

Tiga buah menara baharu akan dibina di ketiga-tiga kampung itu di bawah pelan JENDELA Fasa 1 dan dijangka siap pembinaannya pada bulan April 2022.

Apabila kerja-kerja pembinaan menara baharu itu siap, ia dijangka akan membantu menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi selain memberi manfaat kepada 1,800 orang penduduk di ketiga-tiga kampung itu termasuk para pelajar.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
©2026 WISER.MY