Pelajar IPT Diberi Akses Penggunaan Adobe CC Secara Percuma Sehingga Mei 2020

Berikutan penularan wabak Covid-19, pelbagai inisiatif telah diberikan oleh pihak kerajaan, NGO dan sebagainya. Kini, Adobe adalah yang terbaru untuk menawarkan sokongan di mana syarikat itu memberikan akses sementara secara percuma bagi aplikasi Cloud Creative.

Akses percuma adobe

Kebenaran akses ini diberikan oleh Adobe secara terhad bagi pengguna institusi pendidikan yang layak semasa tempoh penutupan fasiliti pendidikan berikutan wabak ini. Ia bertujuan untuk membantu pelajar yang perlu menyelesaikan tugasan kerja dan akses bagi penggunaan Adobe CC ini diberikan secara percuma sehingga 31 Mei 2020.

Dalam pada itu, untuk permohonan yang tidak mempunyai Adobe ID, pelajar perlu mendaftar dan mencipta akaun baharu terlebih dahulu melalui laman web Adobe.

Seterusnya, untuk mendapatkan akses percuma perisian Adobe CC pada komputer peribadi di rumah atau kolej penginapan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, klik pada pautan ini untuk mengisi borang yang disediakan.