Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar Ikuti PdPR Ditepi Jalan Dapat Perhatian SKMM

Pelajar Ikuti PdPR Ditepi Jalan Dapat Perhatian SKMM

Diterbitkan Jun 26, 2021 ยท Dikemas kini Jun 26, 2021 oleh ariff bukhari

Beberapa hari lalu, tular tentang kisah seorang pelajar yang terpaksa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di tepi jalan berhampiran rumahnya.

Masalah capaian Internet lemah itu berlaku di Kg. Muhibbah, Penawar, Kota Tinggi.

Sian anak sedara aku, nak dapat internet punya pasal utk kelas on9. Duduk la kat luar rumah rumahnya kat tengah ladang sawit. Line tak kuat. Nasib adik datang naik moto teman kat tepi ๐Ÿ˜†. Best of luck Afiq Ho. pic.twitter.com/Tl21o6YnN7

— Serious mode (@AimanPaku) June 23, 2021

Prihatin dengan nasib pelajar itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Johor bersama-sama dengan wakil penyedia perkhidmatan telah turun padang melawat lokasi tersebut dan turut bertemu dengan ibu kepada pelajar tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar masalah capaian Internet yang dihadapi mereka.

Hasil ujian liputan di kawasan itu didapati, liputan Internet adalah lemah memandangkan rumah yang didiami pelajar berkenaan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit.

Sehubungan itu, SKMM memaklumkan mereka telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk mengubah pancaran liputan daripada menara terdekat yang terletak 1.1 kilometer jauhnya ke rumah pengadu dan tindakan tersebut telah pun diambil.

Hasil respon pantas itu, capaian Internet di rumah pelajar tersebut berjaya dipulihkan dan kini telah dapat menerima panggilan telefon serta mendapat liputan 4G melalui komputer ribanya.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NACSA Pantau Situasi Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan - Tahap Ancaman Kekal Sederhana
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
©2026 WISER.MY