Pelajar Berumur 18 Tahun Ini Mencipta Rekaan Satelit Paling Ringan Di Dunia

India telah menjadi perintis dalam bidang sains dan remaja berusia 18 tahun, Rifath Sharook telah menyertai senarai panjang penyumbang kepada bidang Astro-sains dengan mencipta satelit paling ringan di dunia dinamakan KalamSat.

KalamSat satelit yang hanya memiliki berat 64 gram ini akan dilancarkan oleh NASA pada 21 Jun 2017.

Rifath Sharook adalah seorang pelajar dari India Selatan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Cubes in Space’ anjuran NASA dan ‘I Doodle Learning’. Remaja India ini akan menjadi pelajar pertama dari India membawakan eksperimen yang bakal dilancarkan oleh NASA.

worlds-lightest-satellite

Pelajar berumur 18 tahun ini membina satelit ringan yang akan mempunyai durasi misi selama 240 minit di angkasa dan akan diawasi pelancarannya bersama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Satelit itu telah dinamakan bersempena bekas Presiden India, dan perintis dalam bidang sains aeronautik di India, Dr APJ Abdul Kalam. Sharook berasal dari sebuah bandar kecil di Tamil Nadu dipanggil Pallapatti dan mempunyai impian untuk membina satelit sejak dari kecil.

kalamsat03_1494847626

Bercakap kepada Times of India, Sharook berkata, "Peranan utama satelit ini adalah untuk menunjukkan prestasi gentian karbon pencetakkan 3-D di angkasa lepas. Kami melakukan banyak penyelidikan mengenai satelit kiub yang berbeza di seluruh dunia dan mendapati ciptaan kami adalah yang paling ringan".

Bercakap tentang misi satelit yang akan dilancarkan, beliau berkata," Ia akan menjadi penerbangan sub-orbital, durasi penerbangan selama 240 minit, dan satelit kecil akan beroperasi selama 12 minit dalam persekitaran ruang mikro graviti".

kalamsat01_149485233

 

Ini bukan kali pertama pelajar genius berusia 18 tahun ini mencipta sesuatu yang gempak. Pada tahun 2015, Rifath Sharook telah mencipta belon cuaca helium seberat 1,200g daripada tanah di Kelambakkam, India.

Ciptaan ini adalah sebahagian daripada pertandingan 'Young Scientist India-2015 yang diadakan oleh Space Kids India. Pelancaran KalamSat akan dilakukan di fasiliti Wallops Island dan akan menjadi satu pencapaian yang besar dalam sejarah angkasa lepas India!

Sumber