Namun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui The Malaysian Reserve menyatakan bahawa setiap individu yang memperdagangkan aset mereka di Bursa Aset Digital (DAX) diminta untuk mengistiharkan keuntungan mereka kepada LHDN menerusi pernyataan cukai pendapatan tahunan mereka.
Walau bagaimanapun, ia hanya berlaku bagi mereka yang secara aktif memperdagangkan aset digital mereka.
Tambah LHDN, pendapatan yang diperoleh daripada platform digital tetap akan diperlakukan serupa dengan pendapatan yang dihasilkan melalui perniagaan konvensional.
Pendapatan tersebut merangkumi pendapatan yang terkumpul, atau diperoleh, atau diterima di Malaysia dari luar negara untuk dikenakan cukai mengikut Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Ini bermakna, individu yang aktif menggunakan cryptocurrency, sistematik dan berulang kali di mana terdapat corak perdagangan, maka individu tersebut telah melakukan transaksi dan seterusnya cukai akan dikenakan.
Setakat ini, terdapat lebih 200,000 akaun yang didaftarkan dengan tiga pengendali DAX yang dilesenkan oleh SC pada tahun 2018 iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize (M) Sdn Bhd.
Malah, Luno Malaysia turut melaporkan bahawa mereka telah memproses lebih RM800 juta transaksi pada tahun lalu sejak pelanggannya meningkat lebih dari 30%.
Selain itu, pembayar cukai dan pelabur mata wang digital termasuk perlombongan wang digital perlu menyimpan rekod transaksi dan dokumen yang relevan selama tujuh tahun untuk tujuan audit.
Sumber: The Malaysian Reserve
Berkaitan
- Deposit Wang Simpanan Ke Tabung Haji Kini Boleh Dilakukan Dalam Talian
- PayPal Lancarkan Pembayaran Menggunakan Kriptowang
- UTeM Rangkul Tempat Kedua Dalam Pertandingan Cipta Laman Sesawang Peringkat Antarabangsa
- Beli Emas Digital Kini Lebih Mudah Dengan GoPayz
- PayPal Menerima Pembayaran Dalam Talian Guna Cryptocurrency
- MyKad Digital Akan Diperkenal Tahun Ini Untuk Banteras MyKad Palsu
- Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
- Malaysia Airlines Akan Memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital
- Hati-Hati Dengan Taktik Terbaharu Scammer LHDN Ini
- Tune Protect Hadir Dengan Aplikasi Mudah Alih - Mudahkan Urusan Insurans Secara Digital