Pekerja Twitter Disarankan Bekerja Dari Rumah Berikutan Covid-19

Kira-kira hampir 89,000 kes koronavirus telah dilaporkan di seluruh dunia. Bagi mengelakkan risiko jangkitan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menjalankan aktiviti di luar. Terdapat beberapa syarikat seperti Google dan Microsoft yang berpangkalan di Ireland disarankan untuk bekerja dari rumah berdasarkan ciapan @adrianweckler.

Demi keselamatan petugas dan pekerja, Twitter yang berpangkalan di San Francisco menggalakkan semua kakitangan di seluruh dunia untuk bekerja di rumah. Selain itu, pekerja Twitter yang berpangkalan di Hong Kong, Jepun dan Korea turut melakukan perkara yang sama. Satu persidangan yang akan berlangsung di Austin, Texas pada akhir bulan ini juga dibatalkan.

Twitter juga menggantung segala perjalanan dan urusan perniagaan yang tidak penting berikutan kes ini. Perubahan ini demi memastikan keselamatan petugas serta pekerja untuk sentiasa dalam keadaan sihat dan terkawal.

Sumber : Bernama, Twitter