Pekerja Tesla Dikatakan Guna Pita Pelekat Elektrik Untuk Baiki Retak Ketika Pembuatan Model 3

Tesla telah berjaya menyiapkan sebanyak 72, 531 buah sedan Model 3 dalam hanya tiga bulan yang berakhir pada 30 Jun lalu. Namun disebalik kejayaan tersebut, terdapat keluhan daripada para pekerja menyatakan mereka dipaksa bekerja dalam keadaan yang sukar dan tidak selamat.

Menurut laporan daripada laman Endgadget, salah seorang pekerja yang terlibat dalam pengilangan Model 3 menyatakan kepada  CNBC mereka menggunakan pita pelekat elektrik bagi membaiki keretakan dengan lebih pantas pada braket plastik dan perumah pada kenderaan terbabit. Selain itu, mereka juga dikatakan bekerja dalam suhu panas yang ekstrim, sejuk serta berasap.

https://www.youtube.com/watch?v=2o7AZQZ8kvo

Walaupunbegitu, jurucakap syarikat memberitahu CNBC apa yang diperkatakan oleh pekerja terbabit adalah mengelirukan dan tidak mencerminkan amalam pengilangan yang diamalkan oleh Tesla.

Jurucakap tersebut turut menyangkal dakwaan penggunaan pita pelekat elektrik untuk membaiki retak dimana ia dikatakan sudah siap terpasang pada komponen kereta dari pembekal. Berkenaan dengan keadaan sewaktu pengilangan pula, beliau menyatakan mereka berusaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, adil dan menyeronokkan.

Sumber: Endgadget