Pekerja Microsoft Bercuti, Isu File Explorer Hanya Akan Diperbetulkan Selepas Krismas

Isu File Explorer telah dihadapi pengguna Windows sejak lebih sebulan lalu.


Dalam bulan November lalu, pihak Microsoft telah pun melepaskan kemas kini terbaru kepada para pengguna Windows 10 versi 1903 yang membolehkan mereka dinaik taraf kepada versi Windows 10 1909.

Kemas kini tersebut sepatutnya adalah kemas kini minor yang lebih tertumpu kepada penambah baikan terhadap ciri yang sedia ada dan memperbetulkan pepijat yang terdapat di dalam sistem Windows 10 sebelum ini.

Walaubagaimanapun, sebahagian pengguna melaporkan mereka berdepan dengan isu baru iaitu kegagalan fungsi File Explorer. Pengguna mendakwa, pepijat pada File Explorer telah mengakibatkan sistem operasi Windows 10 mereka tergantung sepenuhnya apabila mereka membuat carian fail.

Kapsyen: File Explorer Windows 10.


Microsoft telah pun sedia maklum berkenaan isu ini dan akan memperbetulkannya pada kemas kini akan datang. Walaubagaimanapun, ia hanya akan hadir selepas perayaan Krismas kerana sebahagian besar para pekerja Microsoft sedang bercuti ketika ini.

Ia disahkan oleh salah seorang pekerja mereka yang membalas pertanyaan pengguna di Twitter.

https://twitter.com/brandonleblanc/status/1207846006433308673

Tetapi bagi pengguna versi Windows 10 Insider build, mereka mungkin sudah tidak berdepan dengan kegagalan fungsi File Explorer kerana Microsoft menyatakan bahawa mereka sudah memperbetulkan isu tersebut menerusi kemas kini Windows 10 Insider build 19013 sejak November lalu.

"We fixed an issue where you could get into a state where it wasn’t possible to set focus to File Explorer’s search box in order to type your query."

Tetapi bagi sebahagian besar pengguna Windows 10, mereka terpaksalah menunggu kemas kini yang dapat memperbetulkan isu fungsi carian File Explorer selepas Krismas.

Sumber: Bleeping Computer