Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pekerja Ladang FGV Akan Terima Gaji Melalui E-Dompet Mulai Tahun Hadapan

Pekerja Ladang FGV Akan Terima Gaji Melalui E-Dompet Mulai Tahun Hadapan

Diterbitkan September 7, 2020 ยท Dikemas kini September 11, 2020 oleh Meor Hasyim

FGV Holdings Bhd kini sedang menyasarkan pelaksanaan sistem dompet elektronik atau e-wallet bagi pembayaran gaji.

Ia adalah untuk sektor perladangan yang termasuk juga di Sabah dan Sarawak.

Pelaksanaan itu akan bermula menjelang suku pertama tahun 2021 kelak. Melalui pembayaran tanpa tunai, FGV mengganggarkan penjimatan sebanyak RM1 juta setiap tahun dari segi kos pengendalian gaji.

Selain akan menyediakan bantuan pendaftaran e-dompet untuk pekerja ladangnya, akan terdapat tambahan ciri lain seperti e-kehadiran, e-rungutan, serta e-pembelajaran.

FGV juga akan menggandakan usaha untuk mengambil lebih ramai pekerja dalam kalangan penduduk tempatan sebagai tenaga kerja ladang dengan memberikan latihan dan pakej menarik.

Selain pembayaran gaji, sistem wang e-dompet juga membolehkan pekerja melakukan kiriman wang kepada ahli keluarga di negara asal lebih mudah, membeli prabayar mudah alih dan juga mengeluarkan wang tunai di mana-mana ATM serta peniaga berdaftar.

Laporan penuh di: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY