Pekerja Kilang Apple Membuang Komponen Peranti Ke Dalam Lubang Tandas Untuk Dibawa Keluar Ke Pasaran Gelap

Pekerja di kilang besar di China didapati telah membawa keluar komponen peranti dengan membuangnya ke dalam lubang tandas.

Selepas itu, mereka akan mengumpulkannya dari saluran pembentung kemudian menjualnya kepada pembida dengan harga yang tinggi.

Selalunya komponen ini akan sampai ke pasar Huaqiangbei dan selepas itu ke tangan-tangan wartwan dan blogger.

Tahun 2013 merupakan tahun yang memeritkan bagi Apple kerana hampir 19,000 komponen peranti iPhone 5C tersebar ke pasaran gelap sebelum peranti itu dilancarkan secara rasmi.



Dengan pekerja kontrak China sebanyak 2.7 juta orang yang keluar masuk ke 40 kilang setiap hari, tugas memastikan setiap komponen peranti tidak diseludup keluar merupakan tugas yang amat berat kepada pengurusan kilang amnya.

Perkara itu dirumitkan lagi dengan iklan-iklan di perhentian bas yang menawarkan sejumlah wang yang lumayan kepada mereka yang berjaya membawa keluar komponen-komponen tersebut.

Sejak daripada itu, Apple mengetatkan lagi keselamatan dalam kilang mereka dan berjaya mengurangkan hampir kesemua masalah penyeludupan.

Sumber