Pekerja Google Wujudkan Aplikasi Untuk Belajar Pengekodan

Sebilangan pekerja Google telah menyertai program inkubator Google yang dipanggil Area 120. Hasilnya, mereka telah menghasilkan satu aplikasi percuma untuk Android dan iOS yang mengajar pengguna tentang asas bahasa pengaturcaraan.

Aplikasi yang dipanggil Grasshopper itu menggunakan bahasa pengaturcaraan JavaScript yang mengandungi 3 set pelajaran; fungsi, menggunakan pembolehubah dan objek.

Setiap set pelajaran akan membimbing pengguna dalam mengetahui pelajaran asas dan menyediakan kuiz kecil bagi menguatkan pemahaman pengguna.



Selepas pengguna menghabiskan pelajaran di dalam Grasshppoer, mereka boleh mengambil kelas bersama Coursera untuk mempelajari lebih tentang JavaScript, HTML, CSS, algoritma dan rekaan laman sesawang dengan sedikit caj.

Aplikasi Grasshopper boleh membantu orang ramai untuk menarik minat untuk mempelajari tentang pengekodan. Aplikasi ini juga boleh membantu anak-anak muda menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah menggunakan telefon pintar mereka.

Sumber