Pekerja Agensi Keselamatan Negara (NSA) Mengaku Bersalah Atas Kesalahan Kebocoran Data Sulit

Seorang bekas pekerja Agensi Keselamatan Negara telah mengaku telah mengambil maklumat sulit klasifikasi tinggi dari ibu pejabat agensi tersebut. Maklumat kemudian telah dicuri oleh penggodam Russia yang dikaitkan dengan agensi perisikan Russia.

Pekerja bernama Ngia Pho itu merupakan penduduk Maryland itu mengaku salah atas tuduhan pembocoran rahsia keselamatan negara dengan sengaja. Dia dituduh melakukan perkara tersebut dalam tempoh masa 5 tahun bermula dari Mac 2015.



Pho memegang tapisan keselamatan yang tinggi di agensi tersebut termasuk untuk dokumen-dokumen sensitif yang hanya untuk akses beberapa staf agensi sahaja. Berita pembocoran maklumat itu dilaporkan pertama kali oleh Wall Street Journal yang mengatakan yang pihak perisikan Russia telah mendapat maklumat mengenai data sulit NSA.

Penggodam telah menggodam komputer peribadi perkerja NSA tersebut pada tahun 2015 setelah pekerja tersebut membuka fail sulit NSA di komputer peribadinya yang hanya menggunakan perisisan antivirus Kapersky.

Kes begini antara kes berprofil tinggi semenjak Edward Snowden keluar membuat kenyataan mengenai aktiviti-aktiviti NSA di peringkat global pada tahun 2013.

Sumber