Pegawai Eksekutif Uber Letak Jawatan Dan CEO Juga Masih Belum Dijamin Akan Selamat

CEO Uber, Travis Kalanick sedang kehilangan orang kanannya setelah naib presiden kanan, Emil Michael akan meninggalkan organisasi tersebut.

Berita itu hadir selepas lembaga pengarah Uber berjumpa pada Ahad lepas bagi membincangkan tawaran daripada Peguam Negara AS, Eric Holder.

Syarikat itu akan mendedahkan tawaran tersebut dalam satu laporan pada hari Selasa.

Uber yang sebelum ini telah menghadapi pelbagai masalah dari segi saman dari Waymo tentang pencurian teknologi sehingga ke masalah dalaman syarikat berkaitan gangguan seksual di tempat kerja.

Jurucakap Uber tidak memberikan sebarang komen selepas berita pengunduran Emil Michael itu.

Sumber