PDRM Memantau Istana Negara Dengan Bantuan Pengesan Dron Dan "Anti-Dron Jammer"

Istana Negara menjadi lokasi tumpuan oleh para pemberita dari seluruh negara semalam yang mahu mendapatkan berita penting berikutan berlangsungnya  Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang telah pun berlangsung petang semalam.

Oleh itu tidak hairanlah jika pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan lagi kawalan ke atas lokasi tersebut.

Cuma untuk kali ini, pihak PDRM telah menambahkan lagi aset mereka dalam operasi kawalan di Istana Negara iaitu dengan menggunakan pengesan dron (Drone Detector) dan "Anti-Drone Jammer" bagi memantau pergerakan dron-dron asing dari menceroboh sekitar ruang udara Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur petang tadi.

Penggunaan aset-aset itu adalah dibawah Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman.

Pihak PDRM telah berkongsikan beberapa foto yang memaparkan anggota mereka bersiap siaga menjaga keselamatan Istana Negara dengan peralatan tersebut menerusi laman FB rasmi mereka.

Kapsyen: Sumber: FB PDRM


Secara keseluruhan, netizen memuji kesiap siagaan PDRM dalam menjalankan tugas yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi itu.