Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Drone Yang Diterbangkan Tanpa Kebenaran Semasa Sukan SEA Akan Dirampas

PDRM Memantau Istana Negara Dengan Bantuan Pengesan Dron Dan “Anti-Dron Jammer”

Diterbitkan Oktober 25, 2020 · Dikemas kini Oktober 26, 2020 oleh ariff bukhari

Istana Negara menjadi lokasi tumpuan oleh para pemberita dari seluruh negara semalam yang mahu mendapatkan berita penting berikutan berlangsungnya  Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang telah pun berlangsung petang semalam.

Oleh itu tidak hairanlah jika pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan lagi kawalan ke atas lokasi tersebut.

Cuma untuk kali ini, pihak PDRM telah menambahkan lagi aset mereka dalam operasi kawalan di Istana Negara iaitu dengan menggunakan pengesan dron (Drone Detector) dan “Anti-Drone Jammer” bagi memantau pergerakan dron-dron asing dari menceroboh sekitar ruang udara Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur petang tadi.

Penggunaan aset-aset itu adalah dibawah Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman.

Pihak PDRM telah berkongsikan beberapa foto yang memaparkan anggota mereka bersiap siaga menjaga keselamatan Istana Negara dengan peralatan tersebut menerusi laman FB rasmi mereka.

PDRM Memantau Istana Negara Dengan Bantuan Pengesan Dron Dan “Anti-Dron Jammer”
Sumber: FB PDRM

Secara keseluruhan, netizen memuji kesiap siagaan PDRM dalam menjalankan tugas yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi itu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY