PDRM Beri Diskaun Sehingga 50% Untuk Bayaran Saman e-Payment Bermula Rabu Ini

PDRM telah mengumumkan kempen pembayaran saman secara dalam talian (e-payment) akan dilaksanakan selama lima hari bermula Rabu sehingga 29 Mac ini. Dengan itu, orang ramai kini boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata kempen itu dilaksanakan sempena Hari Polis ke-213. Menurutnya, kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membayar saman melalui dalam talian berikutan kaunter bayaran saman yang telah ditutup sejak 18 Mac lalu.

[embed]https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3089776651032621&type=3[/embed]

Selain itu, kempen bayaran saman secara dalam talian ini juga merupakan langkah dari pihak JSPT bagi menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.

Pembayaran saman melalui e-payment boleh dilakukan melalui portal www.myeg.com.my atau www.rilek.com.my. Orang ramai akan menerima diskaun sehingga 50% bagi saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini.