PayPal Menerima Pembayaran Dalam Talian Guna Cryptocurrency


PayPal baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka menyokong cryptocurrency buat kali pertama dimana membenarkan pengguna untuk membeli, menjual dan membeli-belah di rangkaiannya.



Pengumuman ini menjadikan PayPal sebagai syarikat penting dalam sektor teknologi kewangan untuk menerima sokongan untuk mata wang maya.

Sebelum ini pesaingnya Square Inc. telah menyokong bitcoin menerusi aplikasi Cash pada tahun 2018. Akan tetapi, PayPal akan sokong kesemua mata wang maya lain sepeti Ethereum, bitcoin cash dan Litecoin.

Pengguna PayPal dapat gunakan mata wang ini di lebih 26 juta kedai seawal tahun 2021. Namun, ia terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PayPal Dan Schulman, PayPal kini giat untuk bekerja dengan bank pusat dan pengawal selia di seluruh dunia dalam menyokong cryptocurrency.

Dalam laporan Reuters, transaksi di PayPal akan diselesaikan menggunakan mata wang tradisional, fiat.

Pekedai tidak perlu memindahkan syiling digital tersebut ke dalam dolar setelah transaksi selesai.

Buat masa ini, pengguna PayPal terhad untuk menggunakan mata wang maya di platformnya sahaja.

Bagi pemilik mata wang maya ini, anda tidak boleh memindahkannya ke aplikasi e-dompet lain selain PayPal.

Sumber: Reuters