Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
paypal kriptowang

PayPal Lancarkan Pembayaran Menggunakan Kriptowang

Diterbitkan Mac 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, PayPal telah mengumumkan bahawa mereka sudah menerima pembayaran menggunakan kriptowang atau mata wang kripto di platformnya.

Kini, mereka secara rasminya melancarkan perkhidmatan pembayaran dengan menggunakan mata wang digital tersebut.

Ini bermakna, kesemua pengguna dapat menggunakan pembayaran itu di mana-mana kedai dalam talian yang menyokong PayPal.

PayPal Menerima Pembayaran Dalam Talian Guna Cryptocurrency

Buat masa sekarang, ia hanya menyokong kripto wang seperti bitcoin, ether, bitcoin cash dan litecoin.

Tambah PayPal, mereka akan membawakan sokongan pembayaran ini kepada lebih daripada 29 juta peniaga dalam masa beberapa bulan lagi.

Selain itu, tiada caj transaksi tambahan dikenakan semasa membuat pembayaran dan pengguna hanya boleh membayar dengan satu jenis kriptowang pada satu-satu masa.

Melihat kepada situasi ini, nampaknya dunia sudah mula menerima kriptowang dan mungkin beberapa tahun lagi, ia akan digunakan dengan lebih meluas.

Sumber: reuters via gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY