Paten Sensor Cap Jari Dalam Paparan iPhone Hampir Sebesar Skrin Paparan

Ciri nyahkunci menggunakan sensor pengimbas cap jari dalam paparan sudah jadi bualan sekian lama.

Nama-nama besar seperti Samsung dan Apple antara yang terawal menyuarakan hasrat untuk melengkapkan peranti mereka dengan ciri tersebut.

Namun begitu, Vivo terlebih dahulu mengeluarkan X20 Plus UD yang menggayakan sensor imbasan jari dibawah paparan.



Berdasarkan perkhabaran terbaru, Apple dikatakan telah memfailkan paten untuk sistem nyahkunci imbasan cap jari dalam paparan tetapi sedikit berlainan daripada sistem sedia ada.

Sensor sedia ada hanya boleh berfungsi disebahagian kecil skrin paparan tetapi paten yang dikeluarkan oleh Apple dilihat lebih besar. Hampir kesemua bahagian skrin boleh digunakan untuk mengimbas cap jari.

Ini hanyalah teknologi yang dipatenkan sahaja dimana ia mungkin dikeluarkan dalam masa beberapa tahun lagi. Mungkin juga tidak.

Sumber: Patently Apple