Pada Februari lalu, syarikat besar seperti Samsung dan Huawei mengumumkan peranti mewah mereka iaitu Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X. Tetapi masing-masing mempunyai isu tersendiri, Galaxy Fold yang ditangguh penjualannya dan isu sekatan perdagangan antara kerajaan Amerika Syarikat dan Huawei yang mungkin menjejaskan serba sedikit pada model Mate X.
Sebuah lagi syarikat, OPPO, sebelum ini telah berkongsi prototaip peranti boleh lipat mereka sekitar Februari lalu. Kini, imej yang dipatenkan pada World Intellectual Property Office pula diperlihatkan dengan rekaan hampir serupa. Menariknya adalah pengunaan mekanisme terangkat pada peranti itu yang membolehkan ia merakam foto sama ada ketika dilipat ataupun tidak.
Selain itu, ia dikatakan juga mempunyai bicu audio 3.5mm bagi sokongan fon telinga berwayar. Ini hanyalah imej rekaan yang dipatenkan sahaja dan tidak dinyatakan spesifikasi lain.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, peranti boleh lipat OPPO dibangunkan bergantung kepada permintaan ramai. Sama ada ia akan menjadi produk akhir yang akan dipasarkan ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.
Sumber: GSM Arena
Berkaitan
- Kemungkinan Besar Ini Adalah Senarai Harga iPhone Xs, Xs Max dan XR Bagi Pasaran Malaysia
- Unboxing Oppo Enco Q1
- Konsert HaVOOC – OPPO Malaysia Raikan Ketibaan OPPO F9 Bersama TV3
- OPPO F11 Pro Avengers Edition Kini Mendarat Di Malaysia, Harga Jualan RM1,399
- Pocophone F2 Akan Dilancarkan Pada Tahun 2020?
- Qualcomm Beri Jaminan Sistem Cip Samsung Galaxy S10 Setanding Dengan iPhone 2018
- Huawei Hukum Pekerja Selepas Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- Beri Bank Kuasa Percuma, Huawei "Bantu" Bakal Pemilik iPhone Menyelesaikan Masalah Bateri Cepat Habis
- Anda Mampu Menggunakan Fon Telinga Wayar dan Mengecas iPhone 7 Anda Serentak.
- OPPO Juga Sah Akan Guna Snapdragon 865