Paten Dari OPPO Memperlihatkan Ruang Sekeliling Sensor Kamera Swafoto Diletakkan Ikon Aplikasi Kamera

Peralihan daripada skrin dengan takuk kepada skrin berlubang untuk diisi dengan sensor kamera swafoto bakal membanjiri pasaran telefon pintar 2019.

Beranggapan tidak semua pengguna menyukai rekaan berlubang itu, OPPO telah dilaporkan memfailkan paten untuk ciri paparan ikon disekeliling sensor kamera swafoto itu.



Ikon aplikasi yang mengelilingi sensor itu seolah-olah menyembunyikan keberadaan sensor tersebut yang mana selalunya ia adalah paparan untuk notifikasi dan status. Apabila sapuan skrin dibuat pada bahagian atas, ikon aplikasi kamera tetap kekal disitu.

Menurut laman SlashGear, ini bukanlah perkara baru dimana Samsung sudah menggunakan ruang disekeliling sensor itu untuk melancarkan kamera swafoto.

Sumber: Lets Go Digital dan Slash Gear