Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dragonforce malaysia

Pasukan Tempur Siber DragonForce Malaysia Terus Menggodam israel

Diterbitkan Mei 17, 2021 · Dikemas kini Mei 20, 2021 oleh ariff bukhari

Perang antara Israel dan Palestin bukan sahaja berlasku secara  fizikal seperti peluru berpandu dan senjata senapang atau pistol sahaja.

Tetapi perang yang sedang berlaku ini juga turut melibatkan perang maya  menerusi serangan siber terhadap pelbagai organisasi yang berpangkalan di israel sebagai tanda sokongan ke atas perjuangan rakyat Palestin membebaskan tanah mereka dari cengkaman tentera zionis.

Antara yang memainkan peranan dalam serangan ke atas israel selain tentera bawang Malaysia adalah pasukan tempur siber yang menggelarkan diri mereka sebagai DragonForce Malaysia.

Sebagai pengenalan ringkas, DragonForce Malaysia adalah pasukan tempur siber yang bertanggungjawab melancarkan serangan siber #opsbedil ke atas laman milik yahudi zionis.

Pasukan tempur siber ini ditubuhkan pada tahun 2011 bersama-sama rakan mereka iaitu RileksCrew.

Susulan daripada perang Palestin dan israel terbaru ini, pasukan ini kini secara terangan menyatakan pendirian mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin dan akan memerangi israel zionis.

Setakat Ini, Pasukan Tempur Siber DragonForce Malaysia memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menggodam lebih daripada 100 laman sesawang syarikat israel dan mendedahkan lebih daripada 4 juta data peribadi rakyat Israel  dibocorkan.

Serangan siber oleh DragonForce Malaysia ke atas laman-laman sesawang israel juga kini mendapat perhatian dan sokongan daripada pasukan tempur siber dari negara jiran Indonesia.

Sumber: The Vocket, DragonForce Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY