Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasukan Sukarelawan TM Membantu Mangsa Banjir Di Pahang

Pasukan Sukarelawan TM Membantu Mangsa Banjir Di Pahang

Diterbitkan Januari 26, 2021 oleh ariff bukhari

Prihatin terhadap keadaan mangsa-mangsa banjir di Pahang, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah menghantar pasukan sukarelawan, TM Reaching Out Volunteers (TM ROVers) bagi memberikan bantuan.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Korporat untuk membantu para anggota dan ahli komuniti yang terkesan akibat bencana tersebut.

Antara lokasi utama yang diberikan bantuan termasuklah penduduk di daerah yang terkesan paling teruk dalam banjir kali ini iaitu Maran, Kuala Lipis, Temerloh dan Jerantut.

Sepanjang misi tiga hari itu, antara bentuk bantuan yang diberikan adalah seperti mengedarkan sebanyak 100 pek makanan dan 100 set barangan keperluan kepada komuniti yang terkesan.

Usaha itu telah memberi manfaat kepada 100 buah keluarga dan lebih daripada 500 individu di Kampung Chantin, Kampung Paya Sok dan Lurah Semantan di Temerloh, Kampung Lentang, Kampung Siva, Kuarters Polis Kuala Lipis dan Taman Fah Choon di Kuala Lipis serta Kampung Paya Chedong di Maran.

Pasukan TM ROVers turut menyerahkan dua set jet air tekanan tinggi kepada TM Pahang untuk melakukan aktiviti-aktiviti pembersihan di rumah-rumah yang terkesan akibat banjir dan 3,550 helai pelitup muka tiga-lapisan kepada Malaysian Red Crescent Society (MRCS) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis.

Misi bantuan itu juga turut disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO).

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY