Pasukan PES 2018 Malaysia Rangkul Tempat Keempat Di Sukan Asia

Sukan Asia 2018 telapun melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang berlangsung semalam.

Pada temasya sukan terbesar untuk rantau Asia ini, buat julung kalinya acara e-sukan telah dipertandingkan, melibatkan 6 jenis permainan video popular dan salah satunya adalah PES 2018.

Pasukan Pro Evolution Soccer negara yang diwakili oleh Mohamad NorHaikal Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Abdul Aziz berjaya menduduki tempat 4 teratas dalam acara tersebut.

Kapsyen: Kredit gambar: mygameon


Pasukan Malaysia beraksi cemerlang pada pusingan kumpulan dengan mendapat dua kemenangan menentang Hong Kong dan Kazakhstan, tetapi tewas di tangan Iran.

Diperingkat separuh akhir Malaysia bertemu Jepun dan  pertandingan menggunakan format berpasukan, dimana 3 set perlawanan dimainkan. Namun begitu, Malaysia tewas 2 perlawanan awal dan memberikan 2 mata kemenangan kepada Jepun.

Pada pertemuan merebut pingat gangsa, perlawanan pertama dimenangi Vietnam tetapi itu tidak mematahkan pasukan Malaysia untuk bangkit pada pusingan kedua.

Walaubagaimanapun, Malaysia terpaksa akur selepas tewas Muhammad Khairul tewas ditangan Le Doan Thanh pada pusingan penentuan dengan jaringan 2-1.

Meskipun tewas pada penentuan pingat gangsa, pujian harus diberikan kepada kedua-dua atlet berkenaan kerana berjaya menempatkan pasukan PES 2018 Malaysia antara empat pasukan terbaik di Sukan Asia ini.

Sumber: My Game On