Pasukan Bukan Pilihan Yang Harus Diberi Perhatian Di Kiev Major

Setelah berakhir aksi kelayakan selama seminggu, kita akhirnya mengetahui senarai 16 pasukan yang layak untuk bertanding di Kiev Major bulan hadapan dengan hadiah pertandingan sebanyak $3 juta. Setiap benua mempamerkan aksi kelayakan yang mendebarkan dengan benua Amerika Selatan dan Eropah Timur (CIS) di peruntukkan slot untuk pertama kalinya. Ini membolehkan lebih banyak pasukan menyertai pertandingan ini dan juga memberi kejutan kepada pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman.

Dengan nama-nama besar yang mendapat jemputan terus atau terkeluar dari peringkat kelayakan, terdapat beberapa pasukan yang dianggap baru dan dianggap sebagai 'kerdil' sebelum pertandingan ini bermula. Ini tidak bermaksud yang mereka tidak dapat bersaing dengan hebat namun dengan prestasi baik pasukan-pasukan besar yang lain menyukarkan peluang pasukan-pasukan 'underdogs' ini.

Walau bagaimanapun, untuk memandang rendah pasukan-pasukan kerdil ini mungkin akan memakan diri. Jika Ad Finem boleh memenangi tempat kedua di Boston Major, tidak mustahil perkara yang sama boleh berulang.

Team Onyx

3c9f3490d836dd42d55896ecad568495

Pasukan Evil Geniuses dan Digital Chaos mendapat jemputan terus ke Kiev Major mengandaikan dua slot lagi akan dipenuhi oleh Team NP dan compLexity. Namun jangkaan itu meleset dengan Team Onyx yang diketuai oleh pemain lagenda Amerika Utara (NA), Jimmy 'DeMoN' Ho mengalahkan compLexity dalam aksi final kelayakan dengan pemilihan Meepo.

Onyx ialah prokej terbaru 'DeMoN' setelah beraksi bersama Fnatic di rantau Asia Tenggara (SEA). Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, dia berjaya mencipta satu pasukan yang menarik untuk ditonton. Pemain veteran NA, Kanishka 'BuLba' Sosale dan Mason 'mason' Venne yang mebekalkan pengalaman yang luas sementara Kim 'DuBu' Doo-young memberi suntikan perspektif yang berbeza dalam pengalaman beliau bersama dengan pasukan hyper aggresif Korea Selatan, MVP Phoenix.

Bintang utama pasukan ini semestinya Abed Azel 'Abed' Yusop. Nama pemain 16 tahun itu meningkat naik semasa beliau adalah sebahagian daripada pasukan Execration pada tahun lepas. Beliau terkenal dengan permainan Meepo dan dianggap antara Meepo terbaik di dunia. Pasukan lawan terpaksa mengatur strategi khusus bagi menangani Meepo beliau dan terpaksa mengorbankan 'ban' mereka semasa fasa memilih 'hero'.

TNC Pro Team

champs

TNC pula telah mencipta beberapa kejayaan di rantau SEA pada beberapa bulan lepas. Ia bermula apabila 'DeMoN' menyertai mereka sebelum kelayakan terbuka The International (TI) dan mebimbing mereka sehingga 8 teratas di kejohanan TI. Mereka berpecah selepas kejohanan itu tetapi ahli lama menyertai kembali pasukan sebelum akhir tahun lepas. Dengan penambahan Timothy 'Tims' Randrup dan Ryo 'ryOyr' Hasegawa ke pasukan, mereka telah memenangi pertandingan WESG dan membuktikan mereka ialah satu kuasa yang tidak dapat dipandang remeh di kejohanan antarabangsa.

Penyertaan Tims telah memberi nafas baru kepada pasukan ini dan beliau dianggap pemain lama di rantau SEA walaupun tidak menyerlah di mana-mana pasukan yang beliau sertai sebelum ini. Di TNC, beliau digeruni dengan permainan Earth Spirit dan seperti Abed, pasukan lawan dipaksa untuk membuang 'hero' tersebut dalam fasa pemilihan 'hero' memberikan kelebihan kepada TNC untuk menentukan draf hero mereka.

Dengan faktor-faktor lain seperti Marc Polo 'Raven' Luis Fausto, seorang pemain yang meningkat naik dan kapten pasukan, Carlo 'Kuku' Palad yang dianggap 'underrated', tidak hairanlah pasukan ini dapat mempamerkan persembahan yang baik.

SG e-sports

index

Bercakap mengenai pasukan tidak dikenali, SG e-sport ialah contoh terbaik. Pasukan dari Brazil itu berjaya menempuh kelayakan Amerika Selatan walaupun hanya diwujudkan pada November 2016. Pemain terdiri dari pemain-pemain lama yang telah bermain dalam pasukan PaiN Gaming, sebuah organisasi e-sukan yang dukenali di rantau Amerika Selatan tetapi mereka tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan LAN selain pertandingan WESG.

Di atas kertas, mereka dilihat tidak setanding pasukan-pasukan pilihan lain namun apa-apa boleh terjadi di kejohanan besar seperti Kiev Major. Dalam aksi kelayakan, mereka hanya kalah dua kali kepada pasukan Infamous dan Not Today, dua nama besar di rantau Amerika Selatan. Aksi kelayakan mereka cukup mendebarkan dalam usaha mereka untuk menempa nama di aksi Antarabangsa selepas ini.

Invictus Gaming

index

Agak pelik untuk mengatakan pasukan ini sebagai pasukan pilihan dimana mereka mempunyai pemain lagenda Dota 2, Xu 'BurNing' Zhilei. Disebabkan prestasi hambar pasukan ini sebelum ini, mereka tidak diletakan sebagai 'favourite' walaupun memegang gelaran bekas juara TI 2.

Hadir dengan bakat-bakat baru, mereka telah cuba untuk menjadi pesaing terbaru merebut kejuaraan Kiev. Aksi LAN antarabangsa mereka ialah Dota Pit menyaksikan mereka mampu mengalahkan OG dan Team Secret selepas aksi terakhir mereka di kejohanan antarabangsa TI 5 pada tahun 2015.

Mereka dianggap berpotensi menjadi ancaman tetapi akan menjadi kejutan jika dapat menjulang kejohanan Kiev. Mereka masih belum membuktikan mereka boleh membenam pasukan-pasukan besar barat walaupun mereka dapat mengalahkan pasukan dari rantau mereka, China.

Sumber