Pasca TI 7: Perubahan Senarai Pemain Setakat Ini

Kejohanan The International ke 7 telah berlalu dan kita sudah ada pemegang aegis yang terbaru iaitu Team Liquid.

Maka bermula lah fasa penukaran pemain bagi pasukan-pasukan yang ingin mengemaskini senarai pemain dalam pasukan mereka.

Amerika Utara



Kita bermula dengan pasukan dari rantau Amerika Utara iaitu CompLexity Gaming. Mereka telah pun mengumumkan akan menggugurkan Jimmy 'Demon' Ho dan Feras 'Feero' Hroob dari senarai pemain mereka dalam episod kedua ELEAGUE: Road To The International Dota 2 Championship selepas kelayakan serantau.

Amerika Selatan



Sebagai pasukan pertama dari Amerika Selatan yang layak ke kejohanan The International, ramai menjangkakan yang pasukan ini tidak dapat bersaing dengan pasukan lain dari rantau lain. Namun, mereka berjaya membuktikan yang mereka salah dan layak ke acara utama. Pemain berusia 16 tahun, Timado telah menangkap perhatian ramai dalam aksinya di TI 7 dan dia juga telah digugurkan dari senarai pemain aktif Infamous.



SG e-sports yang sebelum ini beraksi cemerlang dalam kejohanan Kiev Major dengan menewaskan Team Secret dalam pertandingan kalah mati. Walau bagaimanapun, mereka gagal melayakkan diri ke TI 7 melalui jalan kelayakan serantau, kapten pasukan, Emilano 'c4t' mengundurkan diri dari pasukan itu dan pengumuman rasmi dibuat melalui laman facebook pasukan.

Eropah



Bekas juara Tea Eye 2013 itu telah mengumumkan pengguguran 3 pemain mereka Simon 'Handsken' Haag, Linus 'Limmp' Blomdin dan Jonas 'jonassomfan' Lindholm. Pengumuman itu dibuat setelah pasukan itu tidak layak ke TI 7 dengan menduduki tempat ke 5 terbawah dalam kelayakan serantau.



Penyandang Eaglesong dan Mystic Staff 2017 ini pula telah mengumumkan yang pemain tengah berusia 17 tahun mereka, Anathan ‘ana’ Pham di laman rasmi Facebook mereka. Ana membayangkan akan berehat selama setahun dan mungkin akan menyambung pengajiannya selepas ini.



Setelah persembahan yang kurang memuaskan di TI 7, Team Secret telah membuat keputusan untuk mengugurkan Maurice 'KheZu' Gutmann dan Noa 'MP' Pyo dari senarai pemain mereka. Selepas pengumuman tersebut, KheZu telah menulis sebuah kiriman di TwitterLonger tentang pendapatnya berkenaan pasca TI 7.

CIS



Navi telah mengumumkan penguguran 2 pemain Eropah mereka, Per Anders Olsson 'Pajkatt' Lille dan Malthe 'Biver' Winther selepas beberapa hari mereka gagal melayakkan diri ke TI 7. Mereka juga telah mengumumkan yang bekas pemain mereka,  Alexander 'XBOCT' Dashkevich kembali ke pasukan itu sebagai jurulatih.

 

SEA



Setelah persembahan yang biasa di TI 7, Execration telah mendapatkan kembali khidmat bekas pemain mereka, Kim 'Gabbi' Villafuerte seterusnya mengugurkan Fernando 'Nando' Mendoza dari senarai pemain.



Setelah dua pasukan dari rantau SEA, Mineski dan Team Faceless gagal layak ke TI 7, dua kapten telah bersetuju bergabung dalam pasukan dalam pasukan Mineski. Daryl Koh 'iceiceice' Pei Xiang dan Anucha 'Jabz' Jirawong dari Team Faceless sementara itu bekas pemain Warriors Gaming Unity, Kam 'NaNa' Boon Seng melengkapkan senarai pemain pasukan itu.

Sumber