Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasaran Telefon Pintar Di China Semakin Menurun Pada Suku Ketiga 2019

Pasaran Telefon Pintar Di China Semakin Menurun Pada Suku Ketiga 2019

Diterbitkan November 13, 2019 ยท Dikemas kini November 13, 2019 oleh irfan suhaimee

Menurut satu laporan dari IDC, pasaran telefon pintar di China masih berlaku penurunan, namun dilihat semakin pulih dari sebelumnya. Dari tahun ke tahun, ia dilihat mengalami penurunan sebanyak 3.6% dan ia lebih baik berbanding suku kedua dan pertama yang lalu.

Pasaran Telefon Pintar Di China Semakin Menurun Pada Suku Ketiga 2019

Sebanyak 98.9 juta unit telefon pintar telah dijual di China pada suku ketiga tahun ini dan memperlihatkan Huawei menduduki tangga teratas carta pasaran telefon pintar di China dengan mendapat 42% bahagian pasaran dan menunjukkan peningkatan sebanyak 64% berbanding tahun sebelumnya.

Pasaran Telefon Pintar Di China Semakin Menurun Pada Suku Ketiga 2019

Manakala Vivo berada di tempat kedua dengan memfokuskan kepada peranti bajet dan peranti kelas pertengahan dengan model siri Y dan Z. Oppo pula berada di tangga ketiga dengan penampilan unggul bagi siri Reno dan berkemungkinan akan melancarkan peranti 5G tidak lama lagi. Xiaomi pula dilihat berlaku penurunan berbanding tahun sebelumnya kerana berlaku sedikit konflik pengurusan dan pecahan kepada sub-jenama iaitu Redmi. Manakala Apple berada di tangga kelima dengan sedikit peningkatan kerana menurunkan harga peranti terbarunya dan sedikit penambahbaikan pada fungsi kamera.

Pasaran Telefon Pintar Di China Semakin Menurun Pada Suku Ketiga 2019

Menurut IDC dengan hadirnya teknologi 5G, pasaran telefon pintar di China akan kembali pulih pada suku yang akan datang dan ia akan lebih berkembang jika teknologi itu terdapat pada peranti kelas permulaan dan kelas pertengahan.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY