Pasangan Pengantin Viral Bakal Terima Hadiah Perkahwinan Daripada Honor Malaysia

Beberapa hari yang lalu, telah tular di laman-laman media sosial mengenai keluhan satu pasangan pengantin baru mengenai kualiti video perkahwinan mereka yang mengecewakan. Berikutan perkara itu, banyak pihak yang mahu tampil membantu mereka secara sukarela dan percuma dalam menghasilkan semula video perkahwinan tersebut.

Namun, Honor Malaysia nampaknya mempunyai cara yang tersendiri bagi meraikan pasangan pengantin yang dikenali sebagai Hadi dan Farah itu. Mereka menawarkan peranti Honor 8X secara percuma kepada pasangan tersebut. Tawaran itu dibuat melalui satu kiriman di Facebook rasmi mereka semalam.



Pengantin perempuan yang menggunakan nama Farah Nisa dilihat telah maklum mengenai perkara tersebut dan ternyata teruja dengan tindakan Honor Malaysia itu. Beliau menyatakan keterujaannya melalui ruangan komen di kiriman berkenaan.

Honor 8X hanya akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Oktober ini dan ia akan hadir dengan cip Kirin 710, dwi-kamera utama(20MP+2MP) serta kamera swafoto 16MP. Harga pasaran bagi peranti tersebut masih belum diketahui.

 

p/s : Tahniah dan selamat pengantin baru, Hadi dan Farah ! 

 

Kredit gambar : AndroidPIT

Sumber : FB Honor Malaysia