Pasang "Panic Button" Pada Peranti Android

Kepada anda yang risau akan keselamatan anak - anak ketika diluar rumah mahupun disekolah, berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang boleh dicuba untuk mengesan lokasi orang tersayang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menetapkan aplikasi Red Panic Button, yang mana ianya akan segera menghantar lokasi terkini pada Google maps berserta alamat sekiranya tombol merahnya ditekan.

Pertama sekali pasang aplikasi tersebut daripada Playstore.



Kemudian buka aplikasi tersebut, klik pada tombol merah untuk tetapkan nombor kecemasan.



klik pada tombol merah pada bahagian bawah



Nombor boleh dipilih daripada senarai contacts ataupun dimasukkan secara manual.



Tap pada nombor yang berkenaan.



Seterusnya tetapkan kod panggilan bagi negara, selesai.



Maka bila mana tombol merah tersebut ditekan maka secara serta merta lokasi dan alamat  akan dihantar terus kepada nombor kecemasan yang ditetapkan.



Untuk makluman anda, nombor kecemasan boleh ditetapkan untuk lebih daripada satu nombor.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan