Pas Internet Prabayar Celcom XPax Dengan 48GB Data, RM38 Sebulan

Pas Internet Celcom menawarkan pelanggan dengan kuota yang lebih untuk melayari internet secara harian, mingguan atau bulanan. Kini, Celcom telah memperkenalkan dua Pas Internet Prabayar baru iaitu pas mingguan RM12 dengan 18GB data dan hotspot percuma 1GB. Satu lagi pas boleh dilanggan pada harga RM38 sebulan untuk 48GB data dan hotspot percuma 3GB.

Celcom Internet Pass 48GB

Pelanggan yang memerlukan lebih banyak data untuk hotspot boleh membayar RM1 bagi tambahan data 1GB dengan tempoh sah untuk satu hari, atau RM3 untuk data tambahan 5GB dengan tempoh sah 3 hari.

Tidak seperti pas internet sedia ada, pas internet baru ini tidak ditawarkan bersama Unlimited Late Night Youtube dan akses IFLIX VIP. Selain itu, pelanggan juga tidak boleh membawa baki data  ke hadapan dengan Data Rollover. Sekiranya kuota sedia ada sudah habis, anda masih boleh terus berhubung dengan kelajuan internet yang akan diperlahankan kepada 64kbps.

Jika anda berminat untuk melanggan pas ini, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi Celcom Life atau dengan mendail *118#. Bagi pelanggan baru, anda boleh membeli pek prabayar Xpax berharga RM10 yang menawarkan Internet 10GB percuma bagi Facebook, Instagram dan Walla Games untuk permainan mudah alih, dengan tambahan internet asas 1GB/bulanan dan kredit prabayar RM6.

Kedua-dua pas internet baru ini tersedia kepada pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada untuk masa yang terhad sahaja.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=WQu6NSjOphA[/embed]

Sumber: Celcom