Para Pengguna IOS Melaporkan PUBG Mobile Dan Fortnite Mempunyai Masalah Selepas Kemaskini IOS13



IOS 13 baru sahaja ditawarkan kepada para pengguna Iphone pada 20 September yang lalu dengan pelbagai kemaskini yang menarik. Pelbagai komen positif dari para pengguna mengenai kemaskini tersebut di mana dengan adanya tema gelap, penggunaan bateri Iphone dilihat mampu bertahan lebih lama dan ada di kalangan pengguna yang memuji fungsi-fungsi yang menarikyang telah ditawarkan.

Namun begitu, terdapat laporan dari beberapa pengguna yang mengalami masalah ketika bermain permainan mobil seperti PUBG Mobile dan juga Fortnite. Masalah ini terjadi teurtamanya kepada pemain yang bermain PUBG Mobile dan Fortnite menggunakkan tiga jari atau lebih. Ini kerana Apple baru sahaja memperkenalkan fungsi terbaru pada IOS 13 iaitu three-finger press-and-hold gesture di mana ia akan memunculkan ikon untuk mengedit teks. Hal ini ini ternyata amat menganggu para pemain apabila ikon edit berkenaan akan muncul setiap kali menggunakkan jari ketiga ketika bermain PUBG dan Fortnite.



Menurut The Verge, belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak Fortnite sebaliknya pihak PUBG telah membuat kenyataan:

"Kami menerima laporan dari pemain yang telah melakukan kemaskini iOS 13, di mana mereka mempunyai masalah ketika menyentuh skrin dengan menggunakkan tiga jari atau lebih dan hal ini amat mengganggu mereka ketika bermain. Kami telah menyampaikan masalah ini kepada Apple dan kami akan terus bekerjasama dengan Apple untuk menyelesaikan masalah ini. Kami menyarankan pemain tidak melakukan kemaskini iOS 13 sehingga masalah ini diatasi. Terima kasih."

Pihak PUBG juga turut memberi notis ini kepada para pengguna iOS di dalam PUBG Mobile.



Setakat hari ini, belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak Apple mengenai siu ini dan dijangka mungkin isu ini akan diatasi dengan kemaskini iOS 13.1 nanti.

Sumber: The Verge