Papan Pintar Yang Buatkan Anda Mahu Kembali Semula Ke Sekolah

Teknologi dan peranti pintar, bergerak seiring dan menjadi semakin maju. Namun antara aspek yang turut terkesan dalam kemajuan teknologi ini, adalah bidang pendidikan di dalam kelas. Ada antara produk lain yang telah memulakan langkah kehadapan, dalam mewujudkan suasana pembelajaran sebegini.



JOI® Smartboard adalah merupakan antara produk teknologi yang boleh membantu. Jika papan dengan panel interaktif yang boleh disentuh adalah sesuatu yang normal, JOI® Smartboard adalah lebih daripada itu.



Dengan JOI® Smartboard, peranti pintar boleh disambungkan tanpa wayar untuk menghantar fail atau memaparkan kandungan secara terus kepada peranti tersebut. Dengan menggunakan peranti pintar juga, ia boleh menavigasi dan mengawal JOI® Smartboard dari jauh secara mudah. Terdapat fungsi lain yang memudahkan sesi pembelajaran seperti rakaman video dalam skrin. Ia boleh digunakan sebagai persediaan mengajar ataupun ulang semula apa yang telah diajar.



JOI® Smartboard menggunakan perisian Android dan juga menyokong modul PC untuk meningkatkan lagi kemampuannya. Dari segi spesifikasi ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 dengan resolusi paparan 4K dengan panel LED. Ia juga menyokong sehingga 20 titik sentuhan dan juga 10 tulisan pada satu-satu masa.



JOI® Smartboard ini juga adalah merupakan sebahagian daripada pembelajaran pintar JOI® Smart Classroom. Dengan kemajuan teknologi yang dikecapi, arena pendidikan juga turut serta membangun dengan wujudnya produk pintar seperti JOI® Smartboard ini. Ketahui lebih lanjut mengenai produk JOI® Smartboard di sini dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan spesifik mengenai produk, boleh ke pautan ini.