Terbaru, Gigabyte mengumumkan papan induk baharunya, Aorus Tachyon Z590 yang menyokong cip pemprosesan Intel Gen-11.
Menariknya, papan induk tersebut mencatat kelajuan CPU sehingga 7.31GHz menerusi Intel Core i9-11900K dan cecair nitrogen LN2 digunakan bagi menyejukkannya.
Dengan ini, secara tidak langsung Gigabyte telah mencipta rekod baharu dalam arena overclocking CPU.
Bermaksud, bagi golongan yang mahukan prestasi yang memukau, mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah sekiranya mahu meningkatkan kelajuan CPU.
Antara ciri lain, ia dilengkapi Intel 2.5Gb ethernet, WiFi 6E, USB 3.2 Gen2x2 Type-C dan PCIe 4.0.
Manakala, antara muka BIOS juga hadir dengan paparan Smart Fan 6 Technology yang akan menunjukkan memori, storan, melaras suhu, kelajuan CPU/GPU dan lain-lain.
Buat masa sekarang, Gigabyte Malaysia masih belum memaklumkan harga bagi papan induk ini. Namun, apa yang pasti harganya bukanlah murah memandangkan siri Z590 sendiri sudah mahal.
Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte
Berkaitan
- Monitor Gaming 4K Aorus Diumumkan, Sesuai Untuk PS5
- Gigabyte Memperkenalkan siri Radeon RX 6700 XT
- Gigabyte Lancar Memori AORUS DDR5 5200MHz 32GB
- Gigabyte Malaysia Umum Harga Jualan Siri RTX 3080 Bermula RM 3,789
- Gigabyte Lancar AORUS Elite RTX 3060, Ini Senarai Harga Di Malaysia
- Gigabyte Melancarkan Kad Grafik Siri AMD Radeon RX 6600 XT
- Gigabyte Melancarkan RTX 3070 Ti Dan RTX 3080 Ti
- Gigabyte Umum Barisan Papan Induk Z590 Vision Untuk Golongan Kreatif
- Gigabyte Lancarkan Kemaskini BIOS Terbaharu Untuk Papan Induk AMD Siri 500
- Gigabyte Lancar RX 6900 XT Pada Harga Bermula RM5699