Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aorus Z590

Papan Induk Aorus Tachyon Z590 Capai Kelajuan CPU 7.31GHz

Diterbitkan April 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Z590 merupakan salah satu papan induk (motherboard) yang premium bukan sahaja dari segi harga tetapi juga prestasi yang ditawarkan.

Terbaru, Gigabyte mengumumkan papan induk baharunya, Aorus Tachyon Z590 yang menyokong cip pemprosesan Intel Gen-11.

Menariknya, papan induk tersebut mencatat kelajuan CPU sehingga 7.31GHz menerusi Intel Core i9-11900K dan cecair nitrogen LN2 digunakan bagi menyejukkannya.

Dengan ini, secara tidak langsung Gigabyte telah mencipta rekod baharu dalam arena overclocking CPU.

Papan Induk Aorus Tachyon Z590 Capai Kelajuan CPU 7.31GHz

Bermaksud, bagi golongan yang mahukan prestasi yang memukau, mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah sekiranya mahu meningkatkan kelajuan CPU.

Antara ciri lain, ia dilengkapi Intel 2.5Gb ethernet, WiFi 6E, USB 3.2 Gen2x2 Type-C dan PCIe 4.0.

Manakala, antara muka BIOS juga hadir dengan paparan Smart Fan 6 Technology yang akan menunjukkan memori, storan, melaras suhu, kelajuan CPU/GPU dan lain-lain.

Buat masa sekarang, Gigabyte Malaysia masih belum memaklumkan harga bagi papan induk ini. Namun, apa yang pasti harganya bukanlah murah memandangkan siri Z590 sendiri sudah mahal.

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY