Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A54 Biasa-Biasa Sahaja Tapi Bateri ‘Power’

Panggilan Percuma Untuk Semua Bermula 10 Malam Ini

Diterbitkan Mei 12, 2021 oleh Amsyar Latif

Menjelang perayaan Aidilfitri beberapa jam sahaja lagi, mungkin ramai yang berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Bersempena situasi sukar yang dihadapi rakyat Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati panggilan percuma.

Panggilan tersebut boleh dilakukan mulai jam 10 malam (12 Mei) sehingga jam 10 pagi (13 Mei) yang mana hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang terlibat:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • TM Unifi
  • REDtone
  • TIME dotCom
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • Yoodo
  • YES

Walau bagaimanapun, penawaran yang diberikan ini terakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.

Oleh itu, sebarang masalah yang dihadapi, anda dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan yang berkaitan.

Sumber: KKMM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY