Panggil Kucing Anda Menggunakan Aplikasi Android

Kepada pemilik kucing diluar sana, kami ingin kongsikan tips yang boleh anda cuba untuk memanggil kucing. Maklumlah bukan semua kucing yang patuh arahan, kerana kebanyakan kucing tidak hiraukan panggilan walaupun daripada tuannya sendiri. Kaedah yang boleh anda cuba ialah dengan memasang aplikasi Call Cat pada telefon pintar Android anda, boleh sahaja dapatkannya daripada Playstore.

Ramai yang telah memberikan "feedback" yang positif selepas menggunakan aplikasi ini.



Terdapat 6 pilihan bunyi yang boleh dipilih, anda boleh cuba satu-satu sehingga ada bunyi yang berkenan dihati si comel dirumah.

Jangan kecewa ya sekiranya aplikasi ini tidak berkesan kepada si comel anda, kerana tidak semua kucing sesuai untuk digunakan kaedah ini. Namun tidak salah untuk mencuba. Semoga bermanfaat.