Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion 2 Pro Wide

Panel Belakang Lenovo Legion 2 Pro Hadir Dengan Lubang Pengudaraan

Diterbitkan April 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Esok, Lenovo bakal melancarkan telefon gaming baharu mereka menerusi Legion 2 Pro yang merupakan pengganti pendahulunya, Legion Phone Duel.

Tumpuan utama pada imej yang didedahkan adalah panel belakangnya yang hadir dengan lubang pengudaraan.

Jika dilihat, mungkin ini yang dimaksudkan Lenovo dimana mereka menawarkan sistem penyejukan yang baik menerusi dwi-turbo.

Legion 2 Pro 2

Selain itu, panel belakangnya juga lebih simetri dan kelihatan lebih cantik berbanding model terdahulu.

Kameranya masih ditempat yang sama, iaitu pada bahagian tengah belakang yang memberikan keselesaan ketika bermain permainan mudah alih.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi seperti kebanyakan pesaingnya seperti Snapdragon 888, bateri berkapasiti 5500mAh dengan pengecasan pantas 90W serta memori LPDDR5.

Legion 2 Pro 3

Tambahan lagi, Lenovo turut mengesahkan paparannya mempunyai skrin sentuh lebih pantas. Bermakna, pemain PUBGM boleh memainkan dengan jari yang banyak tanpa sebarang masalah dan lancar.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan telefon gaming baharu ini dan adakah ia mampu menambat hati para gamer.

Sumber: sparrownews

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY