Pandora Bakal Menyaingi Spotify







Langganan servis musik dari Pandora bakal
dilancar tidak lama lagi. Laporan dari The Wall Street Journal menyatakan,
syarikat berkenaan berada dalam peringkat akhir proses perjanjian bersama
dengan syarikat label rekod untuk servis musik on-demand itu. Ia dijadualkan
dapat dilanggan pengguna pada bulan hadapan dan bakal memberi saingan kepada
Spotify, Apple Music, Google Play Music, Tidal dan lain-lain servis. Pandora
mula beralih arah kepada servis tawaran premium selepas mereka mengambil
langkah membeli syarikat Rdio Service yang diambang muflis.





Menurut laporan itu lagi, Pandora akan
manjalankan strategi serampang 3 mata: dimana servis percuma mereka yang cukup
terkenal sebelum ini tetap di kekalkan begitu juga dengan servis Pandora One
yang berharga $5 sebulan. Servis baharu  diperkenal ini dikenakan bayaran sekitar $10
sebulan. Dengan perkhidmatan baharu itu, pelanggan boleh mengakses music vault
sama seperti yang ditawarkan oleh Spotify dan pesaing yang lain. Tapi bagaimana
syarikat dapat memberi perkhidmatan eksklusif untuk bersaing? Itu bakal
diketahui tidak lama lagi.







Produk dari Pandora ini akan dinikmati
pengguna dari Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum perkhidmatan itu di
boleh diakses seluruh dunia. Servis sedia ada, Pandora One, akan dilengkapi
dengan fungsi offline playback dan beberapa fungsi lain.