Panasonic AV Live Game Show - Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Pelbagai Promosi Hebat Serta Hadiah Percuma!

Panasonic kini mengumumkan acara Panasonic AV Live Game Show akan berlangsung pada 8.30 malam, 28 Oktober 2020. Acara ini akan dihoskan oleh penyampai TV Nazrudin Rahman dan Nadia Heng.

Apa yang akan ditawarkan?


Melalui acara ini, Panasonic bakal memperkenalkan TV OLED terbaru mereka. Penonton juga berpeluang untuk memenangi produk TV atau Audio Panasonic secara percuma serta pelbagai lagi hadiah menarik.

Selain itu, terdapat pelbagai promosi hebat dengan produk TV dan Audio yang akan ditawarkan pada potongan harga sehingga 40%.

Promosi


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Panasonic menyediakan pelbagai promosi hebat melalui Panasonic AV Live Game Show. Lebih banyak hadiah percuma yang akan disediakan pada acara ini.

Panasonic AV Live Game Show

Antaranya termasuk pembelian TV OLED berharga RM15,999 dengan hadiah percuma seperti Sound Bar, Wireless Headphone, Marble Plate Set serta Wall Bracket bernilai RM2,646.



Bukan itu sahaja, Android TV 4K 65" juga boleh didapatkan dengan potongan harga RM3,699 berbanding harga asal RM4,299. Panasonic turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM398.

Panasonic AV Live Game Show

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh meningkatkan lagi pengalaman audio di rumah dengan mendapatkan Urban Audio pada harga promosi RM639.

Panasonic AV Live Game Show

Fon kepala rosak? Jangan risau kerana pada acara ini, Panasonic turut menawarkan fon telinga dan fon kepala dengan potongan harga sebanyak 30%.

Bagaimana untuk mendapatkan promosi ini?


Panasonic AV Live Game Show

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mendapatkan pelbagai promosi hebat serta hadiah percuma ini, tonton acara Panasonic AV Live Game Show yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2020, jam 8.30 malam melalui halaman Facebook Panasonic Malaysia.

Artikel ini dibawakan oleh Panasonic Malaysia.