Palam Kuasa Pengecasan iPhone Dengan Sambungan USB Type-C Tertiris

Sebelum ini telah tular beberapa ura-ura berkenaan penggunaan sambungan USB Type-C pada model iPhone keluaran tahun ini. Ura-ura berkenaan semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila beberapa imej palam kuasa bagi peranti iPhone dengan sambungan USB Type-C telah tertiris.


Kredit : Slashleaks & Chongdiantou


Melihat kepada imej yang tertiris diatas, dapat dilihat bahawa sambungan pada palam kuasa pengecas terbaru iPhone ini akan menggunakan USB Type-C. Namun, agak mengecewakan apabila sambungan pengecasan ke peranti iPhone masih lagi menggunakan sambungan Lightning.

Alat pengecasan terbaru ini dilaporkan boleh mengecas pada kadar 18 W dan ia dijangka bakal digunapakai pada peranti iPhone 11, iPhone 11 Plus dan iPhone 9 yang mungkin akan dilancarkan pada tahun ini. Ini bermakna pemilik iPhone 8 dan iPhone X akan dapat menikmati pengecasan pantas selepas ini tanpa perlu menggunakan alat pengecasan MacBook lagi.

Sumber