Pakej Simkad Prabayar Untuk Kaki "Download"

Kepada anda yang gemar memuat turun fail - fail yang bersaiz besar daripada internet sememangnya tidak menjadi maslah sekiranya mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa had seperti Unifi, Time dan lain - lain.

Namun bagi yang tiada kemudahan ataupun kurang berkemampuan dengan yuran langganan yang tinggi, berikut kami kongsikan 2 pakej "kaki download" yang boleh didapati pada pakej Telco prabayar.

 

1. Pakej prabayar one-time pass RM8 daripada DigiĀ 

Pakej ini ditawarkan dengan saiz kuota internet sebanyak 20GB yang boleh digunakan selama 24 jam. Sekiranya penggunaa kuota sudah melebihi saiz yang dibenarkan, had kelajuannya akan di kurangkan sehingga 0.5mbps yang mana ianya masih lagi praktikal untuk digunakan bagi tujuan melayari laman sesawang dan laman sosial.

 

 



 

2. One hour unlimited RM1 daripada Celcom

Pakej tanpa had daripada Celcom dengan hanya RM1 untuk muat turun tanpa had dalam masa satu jam. Walaupun masa yang agak singkat namun ianya berbaloi dengan harga yang murah.

 





Apapun dengan kelajuan 4G yang mantap ditambah dengan kawasan liputan yang luas, kelajuan maksimum boleh mencecah 72mbps. Berdasarkan cubaan yang kami lakukan, muat turun berjaya dibuat sekurang - kurangnya sehingga 20gb dalam masa 1 jam. jumlah langganan maksimum dalam satu hari dihadkan sehingga 3 langganan sahaja oleh pihak Celcom sangat berbaloi untuk dicuba

Namun malangnya pakej ini hanya ditawarkan kepada pengguna prepaid Xpax yang aktif dan tertentu sahaja.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan